Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pemilik kedai didenda jual produk dan kosmetik tidak berdaftar
Published on: Wednesday, January 21, 2026
Published on: Wed, Jan 21, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pemilik kedai didenda jual produk dan kosmetik tidak berdaftar
Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemilik kedai berusia 28 tahun yang menjalankan perniagaan produk dan kosmetik bagi menyara keluarga kerana suaminya orang kurang upaya (OKU) didenda keseluruhan RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa kerana memiliki serta menjual produk tidak berdaftar selain kosmetik tanpa notifikasi.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Ho Xue Nie selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama Ho didenda RM1,000 atau 14 hari penjara jika gagal membayar denda kerana menjual dua produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada seorang lelaki pada jam 10.40 pagi, 13 Jun 2024 di My Accessories & Cosmetics, Lot 1 Kedai Sedco, Ranau.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didenda RM1,500 atau satu bulan penjara kerana memiliki lima produk tidak berdaftar di tempat dan masa yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga Ho didenda RM1,500 atau satu bulan penjara kerana memiliki 23 jenis kosmetik tanpa notifikasi juga di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Semasa mitigasi peguam Dominic Chew yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan denda penanda aras tidak melebihi RM1,000 dengan alasan anak guamnya menjalankan perniagaan tersebut untuk menampung perbelanjaan perkahwinan serta menyara keluarga kerana suaminya merupakan OKU.

Chew memberitahu mahkamah bahawa Ho mempunyai sumber kewangan dan pengetahuan yang terhad mengenai produk yang dijual selain pengakuan bersalahnya menunjukan tertuduh menyesal atas perbuatanya.

Advertisement
Beliau turut berhujah bahawa Ho telah menanggung kerugian hampir RM5,000 susulan rampasan barangan semasa serbuan dijalankan serta perniagaan itu merupakan perniagaan milikan tunggal dan bukanya syarikat besar seperti Alpro.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Thai Yih Yang dari Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Sabah memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal dan bersesuaian selaras dengan Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 agar ia menjadi pengajaran kepada tertuduh serta peringatan kepada pihak lain yang menjalankan perniagaan sama.

Thai turut menegaskan bahawa pendaftaran dan notifikasi produk serta kosmetik adalah satu bentuk kawalan kawal selia bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk dijamin oleh pihak berkuasa sebelum digunakan oleh orang awam.

“Walaupun produk tidak berdaftar atau kosmetik tanpa notifikasi kelihatan selamat atau mungkin telah berdaftar di negara asal ia tetap berisiko terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Sekiranya berlaku sebarang insiden buruk kepada orang awam akibat penggunaan produk atau kosmetik berkenaan tiada pihak berkuasa berkaitan yang bertanggungjawab untuk menjalankan penarikan balik produk tersebut.

“Selain itu cubaan menjual produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa notifikasi adalah mengelirukan pengguna serta menafikan hak mereka untuk mendapatkan produk yang selamat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here