Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
MP kecewa projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah tidak siap-siap
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
MP kecewa projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah tidak siap-siap
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah (gambar) menyuarakan kekecewaannya terhadap perkembangan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang disifatkannya ‘tidak berpenghujung’. 

Sambil mengumpamakan kelewatan pelaksanaan projek itu sebagai satu kisah penantian, beliau berkata lebuh raya itu sepatutnya menjadi nadi kemajuan untuk Sabah khususnya kepentingan rakyat.

Advertisement
“Namun hari ini ia menjadi kisah penantian.. tidak siap-siap, tersangkut-sangkut, lencong sana-sini, lubang-lubang ditampal-tampal seperti luka lama yang hanya disapukan bedak, bukan dirawat hingga sembuh.

“Ada pakej yang telah dianugerahkan tetapi belum bergerak, ada telah bermula tetapi belum berakhir, dan lebih menyedihkan, ada pula pakej yang belum ‘award’, seolah-olah masa di Sabah berjalan lebih perlahan daripada pusingan jarum jam di tempat lain,” katanya membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebagai perbandingan, Matbali berkata projek lebuh raya Pan Borneo jajaran Sarawak yang dimulakan pada tahun yang sama kini sudah siap sekali gus menjadi kebanggaan rakyat negeri jiran itu.

“Saya ingin dapatkan penjelasan khusus mengenai status terkini di kawasan saya iaitu jajaran Sipitang–Beaufort melibatkan WP01 Sindumin–Melalia dan WP02 Melalia–Beaufort, yang menjadi urat nadi kehidupan harian rakyat yang saya wakili,” katanya.

Advertisement
Pada masa sama, beliau turut meminta penjelasan mengenai status projek Jalan Mentulud sepanjang 2.5 kilometer yang telah diluluskan, namun pelaksanaannya masih belum bermula.

Selain itu, Matbali mengulangi rayuan agar jalan sepanjang 140 kilometer menghubungkan Sipitang ke Long Pasia segera dinaik taraf, termasuk laluan sungai di Meligan yang menjadi nadi penting ke kawasan pedalaman.

Advertisement
Beliau berkata laluan melintasi Sungai Meligan itu sangat kritikal dan perlu segera diberi keutamaan oleh kerajaan kerana ia menjadi satu-satunya jalan buat penduduk Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio dan Kampung Iburu. 

“Saya merayu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Kerja Raya, serta agensi-agensi pelaksana yang berkaitan, agar dapat kiranya menoleh sejenak ke pedalaman Sipitang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Matbali turut membangkitkan isu banjir yang sering berlaku, khususnya di daerah Beaufort yang sepanjang tahun lalu sahaja, enam kejadian besar direkodkan, melibatkan ribuan penduduk yang terpaksa dipindahkan.

Justeru katanya, pengurusan bencana banjir perlu diberi keutamaan, bermula dengan penambahbaikan capaian internet di Pusat Pemindahan Kekal dan Sementara, serta akses jalan keluar masuk orang kampung ke pusat itu.

 “Masalah kekurangan kenderaan untuk pendaftaran mangsa di luar PPS serta kekurangan sukarelawan turut membebankan pengurusan bencana, dan perkara ini wajar diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut berharap kemudahan WiFi dengan kelajuan stabil dapat disediakan melalui penaiktarafan menara telekomunikasi agar komunikasi tidak turut terputus ketika bencana melanda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here