Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sabah alu-alukan pembukaan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu
Published on: Saturday, January 24, 2026
Published on: Sat, Jan 24, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah alu-alukan pembukaan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik keputusan Singapura untuk menubuhkan konsulat di Kota Kinabalu pada tahun ini, satu langkah strategik yang dijangka mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua pihak. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penubuhan konsulat itu mempunyai kepentingan strategik yang amat besar, merangkumi aspek utama seperti ekonomi, diplomasi, pelaburan, perdagangan, dan keselamatan.

Advertisement
“Ia (pembukaan konsulat) adalah perkembangan positif yang akan memperkukuh hubungan sedia ada antara Sabah dan Singapura,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Hajiji berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, Khamis lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pertemuan itu, Menon mengesahkan Singapura akan membuka konsulat di Sabah dan Sarawak susulan kelulusan daripada kerajaan Malaysia pada bulan lepas.

Ketua Menteri yakin konsulat berkenaan akan memperluas kerjasama, sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan yang akan memberi manfaat langsung kepada pembangunan negeri. 

Advertisement
Sejajar dengan perkembangan itu, Hajiji turut mengundang para pelabur dari Singapura untuk meneroka sektor kompetitif di Sabah dan menggalakkan lebih ramai pelancong dari republik itu mengunjungi negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here