Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Perkembangan semasa MA63
Published on: Sunday, January 25, 2026
Published on: Sun, Jan 25, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Perkembangan semasa MA63
Mengenai isu lain berkaitan MA63, Fadillah berkata perbincangan mengenai penambahan kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak masih dalam proses dan melibatkan pentafsiran perundangan serta keperluan sokongan dua pertiga ahli parlimen.
KUCHING: Cadangan untuk menyusun semula ahli Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) akan diperincikan sewaktu mesyuarat jawatankuasa teknikal yang akan diadakan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 berkata susulan rombakan kabinet pada 16 Dis tahun lepas, cadangan itu akan diperhalusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud. 

Advertisement
“Nanti saya akan perincikan dalam mesyuarat teknikal yang akan datang. Kita akan perincikan dan disebabkan baru perubahan lagi dari segi komposisi Kabinet, kita sudah ada kembali menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak (Mustapha). 

“Jadi beliau (Mustapha) akan memulakan mesyuarat, kemudian baru dibawa ke jawatankuasa peringkat teknikal sebelum kita bawa kepada majlis perundingan pada peringkat tertinggi MTPMA63,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kebangsaan Shell LiveWIRE Malaysia 2025, di sini, Sabtu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian supaya jawatankuasa MTPMA63 disusun semula bermula tahun ini, dengan melibatkan secara langsung Menteri Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta agensi utama lain.

Fadillah berkata perbincangan berkaitan cadangan itu telah pun diadakan dan ketika ini, wakil daripada Kementerian Kewangan serta EPU terdiri daripada peringkat pegawai sememangnya terlibat dalam jawatankuasa berkenaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here