Kuala Lumpur: Hubungan erat antara kerajaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan penting bagi memastikan kemajuan kepada rakyat serta pembangunan dapat terus dipertingkatkan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghargai usaha dan komitmen Persekutuan dalam membantu pembangunan Sabah.
“Kerjasama erat ini penting agar agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara seimbang dan inklusif.
“Walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan namun Sabah tetap sebahagian daripada Malaysia dan wajar menerima perhatian pembangunan yang setara,” katanya semasa membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Advertisement





