Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
68 petak parkir berbumbung di Pasar Sin On tidak lama lagi 
Published on: Monday, January 26, 2026
Published on: Mon, Jan 26, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
68 petak parkir berbumbung di Pasar Sin On tidak lama lagi 
PHILIP turun padang meninjau kerja-kerja menaiktaraf tempat parkir tersebut.
TAWAU: Sebanyak 68 petak parkir berbumbung akan tersedia apabila projek naik taraf tempat letak kereta pasar itu siap tidak lama lagi. 

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap berkata, projek tersebut kini sedang giat dilaksanakan dan bakal memberi keselesaan kepada pengunjung, khususnya ketika cuaca hujan atau panas terik apabila siap kelak. 

Advertisement
Menurutnya, Pasar Sin On merupakan antara pasar utama di Tawau dengan jumlah pengunjung yang tinggi setiap hari dan beliau melihat penambahbaikan kemudahan parkir adalah penting bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Namun, beliau memaklumkan bahawa sepanjang tempoh pelaksanaan projek tersebut, akan berlaku kekurangan tempat parkir buat sementara waktu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Oleh itu, Philip meminta orang ramai bersabar kerana kemudahan yang baik memerlukan sedikit masa untuk disiapkan.

Beliau berharap projek naik taraf itu dapat disiapkan mengikut perancangan asal, sekaligus memberikan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan teratur kepada pengunjung serta peniaga Pasar Sin On.  

Advertisement
Prasarana itu, katanya, sudah pasti akan memudahkan orang ramai ketika berurusan di pasar tersebut.

Dalam pada itu, Philip merakamkan penghargaan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, atas peruntukan persekutuan yang disalurkan bagi merealisasikan projek ini demi manfaat rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here