Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Hampir 21,000 wanita Sabah sudah jalani ujian HPV DNA
Published on: Monday, January 26, 2026
Published on: Mon, Jan 26, 2026
Text Size:
Text:
Hampir 21,000 wanita Sabah sudah jalani ujian HPV DNA
Julita berkata ujian HPV DNA adalah kaedah saringan paling berkesan untuk mengesan jangkitan HPV yang merupakan punca utama kanser serviks.
KUDAT: Hampir 21,000 wanita di Sabah menjalani ujian virus papilloma manusia (HPV DNA) secara percuma sejak 2019 melalui inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki berkata ujian HPV DNA adalah kaedah saringan paling berkesan untuk mengesan jangkitan HPV yang merupakan punca utama kanser serviks.

Advertisement
“Daripada 20,643 wanita yang disaring 1,868 disahkan positif HPV, 33 kes pra-kanser dan dua kes kanser serviks dikesan pada peringkat awal.

“Pengesanan awal ini membolehkan rawatan segera diberikan sebelum penyakit menjadi serius seterusnya meningkatkan peluang pemulihan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Dewan Terbuka Matunggong pada Sabtu.

Selain itu Julita memaklumkan kos ujian HPV DNA di hospital swasta mencecah antara RM300 hingga RM500 bagi setiap pemeriksaan dan menjadi faktor utama wanita di luar bandar menangguhkan saringan kesihatan.

Advertisement
“Penyediaan ujian percuma sejak 2019 bukan sahaja meringankan beban rakyat malah merapatkan jurang akses perkhidmatan kesihatan antara bandar dan luar bandar,” ujarnya.

Di samping itu beliau juga menyeru golongan lelaki memainkan peranan sebagai ejen sokongan dengan menggalakan isteri, ibu dan ahli keluarga wanita menjalani pemeriksaan berkala sebagai langkah pencegahan.

Advertisement
Pada program tersebut seramai 300 pengunjung memanfaatkan ujian HPV DNA, pendaftaran mamogram bersubsidi dan saringan kesihatan percuma.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here