Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Dua warga asing miliki syabu ditahan
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dua warga asing miliki syabu ditahan
SYABU yang dirampas dari salah seorang suspek.
LAHAD DATU: Polis menahan dua warga asing dan merampas dadah jenis syabu dalam operasi di Kampung Puyut pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Dzulbaharin Ismail berkata dalam operasi tersebut sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik mengesan seorang lelaki yang berkelakuan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Advertisement
Menurutnya sebaik menyedari kehadiran polis suspek bertindak melarikan diri sehingga berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki syabu seberat 5.65 gram serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek yang turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Dzulbaharin berkata seorang lagi suspek berusia 49 tahun turut ditahan pada hari yang sama di kawasan tersebut selepas polis menemui syabu seberat 0.38 gram dalam simpananya.

Advertisement
Ujian air kencing ke atas suspek kedua juga didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here