Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri pastikan semua anak Sabah terima akses pendidikan
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri pastikan semua anak Sabah terima akses pendidikan
Hajiji berkata di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 sebelum ini pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk bantuan persekolahan dan biasiswa bagi menyokong proses pembelajaran serta merapatkan jurang pendidikan.
TAMPARULI: Kerajaan Negeri komited  memastikan tiada anak Sabah khususnya daripada kumpulan B40 tercicir dalam mendapatkan akses kepada peluang pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 sebelum ini pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk bantuan persekolahan dan biasiswa bagi menyokong proses pembelajaran serta merapatkan jurang pendidikan.

Advertisement
“Inisiatif bantuan pendidikan ini akan diteruskan di bawah pelan pembangunan SMJ 2.0,” katanya pada majlis penyampaian cermin mata kepada murid sekolah oleh Sabah Electricity sempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tamparuli pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehubungan itu saya ingin menegaskan bahawa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya kumpulan B40.

“Sumbangan kepada masyarakat bukan sekadar satu pilihan tetapi merupakan satu tanggungjawab selaras dengan mandat penubuhan GLC itu sendiri.

Advertisement
“Saya mahu setiap GLC terus melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat yang berimpak tinggi, berfokus dan mampan khususnya dalam memperkasa pendidikan, kebajikan serta pembangunan modal insan rakyat Sabah,” katanya.

Selain itu Hajiji berkata setiap inisiatif yang dilaksanakan akan dipantau secara telus dan sistematik dengan laporan berkala dikemukakan kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan keberkesanan dan akauntabiliti program.

Advertisement
“Pendekatan holistik yang mengimbangi prestasi operasi, kelestarian kewangan dan tanggungjawab sosial adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah SMJ 2.0,” katanya.

Ketua Menteri turut menasihati para penerima sumbangan CSR agar menjadikan bantuan tersebut sebagai motivasi untuk terus berusaha dan kekal fokus dalam pelajaran mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here