Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Koroner cadang lawat lokasi kejadian minggu depan
Published on: Wednesday, January 28, 2026
Published on: Wed, Jan 28, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Koroner cadang lawat lokasi kejadian minggu depan
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner secara tentatif bercadang mengadakan sesi locus in quo iaitu lawatan ke lokasi kejadian berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar minggu depan.

Peguam Shahlan Jufrim yang mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat bagaimanapun berkata tarikh tepat lawatan ke asrama sekolah itu belum diputuskan.

Advertisement
“Dijangkakan kita akan melawat Sekolah (MKA) Tun Datu Mustapha sekali lagi pada minggu depan tetapi tarikh akan ditentukan kemudian,’ katanya kepada pemberita selepas prosiding inkues kes itu yang dijalankan secara tertutup pada Selasa.

Beliau berkata setakat ini semua saksi kanak-kanak telah selesai memberi keterangan manakala prosiding pada Jumaat ini dijangka melibatkan seorang guru dan beberapa orang lagi akan dipanggil minggu depan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu Shahlan berkata saksi kanak-kanak ke-23 dipanggil semula untuk memberi keterangan mengenai penerimaan beberapa barangan dan kertas bertulis yang dikaitkan dengan Zara Qairina.

Antara barangan yang dikemukakan sebagai bahan bukti dalam prosiding inkues itu ialah satu rantai kunci dengan patung avokado dan beberapa keping kertas.

Advertisement
Saksi memaklumkan mahkamah bahawa barangan itu diberikan oleh Zara Qairina melalui rakannya yang juga pelajar Tingkatan Satu namun dia tidak ingat tarikh sebenar menerimanya.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 17 Julai 2025 iaitu sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada kira-kira 4 pagi.

Advertisement
Pada 13 Ogos tahun sama Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis. 

Sebelum itu AGC pada 8 Ogos telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here