Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Jabatan Air pantau gangguan bekalan di Sandakan
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Jabatan Air pantau gangguan bekalan di Sandakan
BEBERAPA juruteknik jabatan memeriksa paip utama yang bocor di luar premis di Bandar Melrose.
JABATAN Air memantau keadaan di sebahagian kawasan Sandakan bagi menangani masalah bekalan air tidak menentu yang dialami oleh beberapa pengguna kediaman dan komersial di Batu Tiga Setengah, Jalan Utara sejak beberapa waktu lalu.

Jurucakap jabatan itu berkata kerosakan pada paip pengagihan berasingan yang membekalkan Taman Melrose dan Bandar Melrose antara punca masalah tersebut. Kedua-dua paip berdiameter 150mm dan daripada jenis Mid-Steel-Cement Lined (MSCL).

Advertisement
“Paip yang pecah di kawasan perumahan melibatkan ‘pipe-crossing’. 

“Satu jengkaut digunakan untuk menggali parit supaya pasukan kami dapat mencapai paip itu,” katanya sambil menambah bahawa lima hingga enam juruteknik jabatan hadir untuk membaiki paip itu sebaik kebocoran dikesan pada hari Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kerja-kerja itu menjadi rumit kerana bahagian paip yang terjejas ditanam di bawah tebing kawasan tersebut.

Bagi kes Bandar Melrose pula paip pecah terletak di luar sebuah premis di pusat komersial.

Advertisement
TINDAKAN diambil bagi mengatasi  ‘pipe-crossing’ di bawah tebing Taman Melrose.“Kami mengetahui kebocoran lebih awal tetapi perbincangan di tapak antara pemilik premis dan staf menghalang jabatan daripada membaiki kerosakan segera,” ujarnya.

Walau bagaimanapun kerja pembaikan kedua-dua paip MSCL itu berjaya disiapkan lewat petang Selasa dan pengguna di kawasan perumahan serta premis perniagaan mendapat bekalan air secara berperingkat apabila tekanan dalam talian pengagihan mencukupi.

Advertisement
Jurucakap itu menambah ini bukan kali pertama paip utama di Bandar Melrose pecah bulan ini.

“Kejadian sebelumnya berlaku di sebelah unit lain minggu lepas,” tambahnya.

Selain daripada kebocoran, penurunan pengeluaran dari Loji Rawatan Air Bukit Garam turut menjejaskan bekalan air di Taman Melrose dan Bandar Melrose. 

“Pengeluaran terhenti beberapa jam semalam bagi membolehkan kerja membaiki pam air mentah di loji,” jelasnya.

Di bawah keadaan biasa loji tersebut menghasilkan kira-kira 30 juta liter air terawat setiap hari. 

Jabatan telah mengeluarkan notis pada Rabu, jam 1.30 petang yang disebarkan di media sosial untuk memaklumkan pengguna di beberapa kawasan Sandakan dan Kinabatangan supaya bersedia menghadapi gangguan sementara.

Antara kawasan kediaman terjejas ialah Taman Villa Vista, Taman Seri Labuk, Taman Mawar, Taman Ramin, Taman Sibuga, Taman Sentosa, Taman Chrysanthemum, Taman Melanta dan Taman Poh Hing. Komuniti luar bandar seperti Kampung (kg) Segaliud, Kg Garinono, Kg Ulu Dusun, Kg Kitagas, Kg Lung Pagung, Kg Sungai Kapor, Kg Sungai Tiram, Kg Rosalinda, Kg Desa Indah, Kg Sungai Api, Kg Pyon, Kg Jawa 1 & 2, Kg Sin Kan Kee, Kg Gelam, Kg Air dan Kg Bokara juga terjejas.

Operasi normal loji kembali seperti biasa beberapa jam selepas notis diedarkan kepada orang ramai. 

Jurucakap itu berkata ini merupakan kali ketiga operasi Loji Bukit Garam terhenti sementara bulan ini kerana masalah pam dengan kejadian serupa berlaku pada 5 dan 19 Januari.

Selain daripada masalah pam, pengeluaran air juga dikurangkan pada 17 Januari akibat paras rendah Sungai Kinabatangan.

Mengenai aduan seorang pengguna Taman Melrose yang mendakwa kekurangan tenaga kerja menyebabkan kelewatan pembaikan, jurucakap menafikan perkara itu. 

“Pemeriksaan rekod kami menunjukkan jabatan tidak dimaklumkan mengenai ketiadaan bekalan di kawasan itu. Jika diberitahu lori tangki akan dihantar untuk membekalkan air terawat kepada pengguna,” tegasnya.

Sehubungan itu juruteknik jabatan telah diarahkan melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan bekalan air ke premis tersebut stabil. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here