Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Ibu tunggal didenda, miliki produk tidak berdaftar
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ibu tunggal didenda, miliki produk tidak berdaftar
Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang ibu tunggal berusia 26 tahun didenda keseluruhan RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu kerana memiliki produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa notifikasi.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairunisa Anastasha Rozlee selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama Khairunisa didenda RM2,000 atau dipenjara selama 30 hari jika gagal membayar denda kerana memiliki 16 produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) pada jam 2.05 petang, 27 September 2024 di premis Lisa Queen Empire, KK Taipan, Jalan Tuaran.

Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh didenda RM2,000 atau penjara 30 hari kerana memiliki 15 jenis kosmetik tanpa notifikasi di tempat dan masa yang sama.

Dalam rayuan mitigasi Khairunisa yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan beliau merupakan ibu tunggal yang mencari rezeki bagi menyara anak-anak, ibu bapa serta adik-beradiknya.

Advertisement
Dia memberitahu mahkamah bahawa beliau insaf dan ini merupakan kesalahan pertamanya selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Tertuduh juga memaklumkan bahawa beliau baru mendapat pekerjaan dan ketika kejadian tidak mempunyai simpanan.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Muhammad Nurhalimi Ahmad Azmil dari Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Sabah memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan sejumlah 31 jenis produk disahkan tidak berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Advertisement
Dia berhujah bahawa produk-produk berkenaan tidak diuji atau dinilai oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kualiti dan keselamatan kosmetik tersebut selain berpotensi mendatangkan kesan sampingan berbahaya kepada orang awam.

Muhammad turut memaklumkan nilai keseluruhan barangan yang dirampas berjumlah RM11,076.

“Sehubungan itu, demi keselamatan dan kesihatan orang awam, pihak pendakwaan memohon hukuman yang bersesuaian. Ia bukan sahaja sebagai pengajaran kepada tertuduh, malah sebagai pencegah kepada pihak lain yang berniat melakukan kesalahan sama.

“Pendakwaan juga memohon supaya barang kes dan wang rampasan dilucuthakkan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan selaras Seksyen 13 Akta Jualan 1952 dan Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here