Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
GAHMUDA perkasa kesukarelawan peringkat akar umbi
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
GAHMUDA perkasa kesukarelawan peringkat akar umbi
AZRUl (duduk tengah) bersama ketua-ketua pemuda bahagian selepas Mesyuarat Pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat.
Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menubuhkan sekretariat khas dikenali sebagai Gagah Muda (GAHMUDA) dalam usaha menggalakkan serta memperkasa agenda kesukarelawan di peringkat akar umbi.

Pemangku ketuanya Azrul Ibrahim berkata badan sukarela berkenaan akan bertindak sebagai pasukan utama dalam membantu rakyat yang memerlukan.

Advertisement
“GAHMUDA dijangka bakal dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mac.

“Sekretariat ini bersifat terbuka dan sukarela sama ada dianggotai ahli Gagasan Rakyat atau sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman politik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mahu menerusi GAHMUDA, orang-orang muda akan mengambil bahagian di dalamnya untuk mengangkat nilai-nilai kebersamaan melalui konteks kesukarelawanan,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat pergerakan itu pada Khamis.

Mengulas lanjut Azrul menyatakan GAHMUDA bakal menjadi barisan hadapan sekiranya terdapat sebarang kes kecemasan seperti banjir, kebakaran serta keperluan lain termasuklah membantu pengurusan jenazah.

Advertisement
Sementara itu Azrul memaklumkan mesyuarat Pemuda pada Khamis memberi fokus kepada isu-isu rakyat khususnya bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Menurutnya ia adalah usaha berterusan untuk menamatkan penderitaan rakyat yang sudah dirasai sejak sekian lama.

Advertisement
“Dalam masa yang sama Pemuda Gagasan Rakyat turut menegaskan hak-hak negeri Sabah yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mesti dihormati dan dipertahankan.

“Kita akan terus menjadi suara rakyat terutamanya golongan muda dalam memastikan kepentingan negeri diurus secara adil, telus dan bertanggungjawab,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here