Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Penduduk Tambunan gesa naikkan harga getah
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Penduduk Tambunan gesa naikkan harga getah
VINCENT sedang menoreh getah miliknya.
TAMBUNAN: Pekebun kecil serta penoreh getah di daerah ini menggesa agar harga getah dinaikkan ke paras yang lebih munasabah.

Menurut penduduk, harga getah semasa disifatkan terlalu rendah dan tidak sepadan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Advertisement
Mereka menyatakan situasi berkenaan menyebabkan pendapatan sebagai petani getah pada masa kini amat tidak menentu dan sering kali tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian keluarga. 

Keadaan terbabit menjadi semakin membimbangkan apabila harga barangan asas, kos pendidikan, pengangkutan dan keperluan lain terus meningkat sedangkan harga getah masih kekal di paras rendah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seorang penoreh getah tempatan Vincent Adin berkata keadaan sekarang amat berbeza berbanding beberapa tahun lalu apabila harga getah pernah mencecah sekitar RM9.00 sekilogram.

“Ketika itu kehidupan penoreh agak stabil dan hasil pendapatan mampu menampung keperluan keluarga serta kos penyelenggaraan kebun.

Advertisement
“Memang pernah satu masa harga getah naik sampai RM9.00 sekilo tetapi ia tidak bertahan lama. Tidak lama kemudian harga turun semula dengan mendadak ke paras yang sangat rendah.

“Sejak itu kami sebagai penoreh getah terus berdepan kesukaran,” katanya ketika ditemui.

Advertisement
Tambah Vincent kos untuk menyelenggara kebun getah seperti baja, peralatan menoreh, racun rumpai serta kos pengangkutan hasil getah turut meningkat namun hasil jualan getah tidak seimbang dengan perbelanjaan yang perlu ditanggung sehingga menyebabkan ramai penoreh terpaksa mencari sumber pendapatan sampingan.

Vincent berkata keadaan itu turut memberi kesan besar kepada golongan muda di daerah Tambunan. Ramai anak muda memilih untuk berhijrah ke luar daerah malah ke luar negeri dan negara bagi mencari peluang pekerjaan yang lebih stabil dan berpendapatan tetap. Fenomena penghijrahan ini secara tidak langsung menyebabkan sektor pertanian khususnya industri getah semakin kekurangan tenaga kerja muda.

“Anak-anak muda tidak nampak masa depan dalam industri getah kerana pendapatannya tidak menentu. “Mereka lebih memilih bekerja di bandar atau di luar negara walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga,” jelasnya.

Penduduk berharap pihak berwajib dan agensi berkaitan dapat mengambil langkah proaktif untuk menstabilkan dan menaikkan harga getah selain menyediakan bantuan bersasar kepada pekebun kecil.

Antaranya termasuk subsidi, insentif, skim sokongan harga serta program pembangunan semula kebun getah agar hasil pengeluaran dapat ditingkatkan.

Golongan penoreh getah juga menggesa agar suara petani luar bandar khususnya di daerah Tambunan diberi perhatian serius kerana industri getah masih menjadi sumber pendapatan utama bagi ramai keluarga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here