Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pada 17 Februari
Published on: Saturday, February 07, 2026
Published on: Sat, Feb 07, 2026
Text Size:
Text:
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pada 17 Februari
JAFRY (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa semasa kunjungan hormat tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah akan menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri pada 17 Feb ini dari jam 10 pagi hingga 2 petang di Dewan Kinabatangan I–III, Aras 2, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Acara itu dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Advertisement
Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman akan memeriahkan majlis berkenaan, mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap keharmonian, perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat.

“Meraikan perayaan ini bukan sahaja simbol perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Sabah, malah menjadi platform memperkukuh pelancongan budaya di negeri ini,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jafry Ariffin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah prinsip yang menjadi asas kepada Kerajaan Negeri, bagi memastikan semua rakyat — merangkumi pelbagai etnik, kaum, agama dan budaya — dapat meraikan bersama, termasuk sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Tun Musa di sini, Khamis.

Jafry, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, berharap sekolah, penjawat awam Persekutuan dan negeri, agensi Persekutuan di Sabah, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan etnik serta persatuan Cina mengambil peluang menyertai Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2026 itu.

Advertisement
Beliau berkata pelbagai acara kebudayaan akan dipersembahkan sepanjang program, termasuk tarian singa, persembahan budaya Cina serta penampilan artis jemputan.

Sambutan itu turut memberi peluang kepada pelawat domestik dan antarabangsa merasai kekayaan tradisi, adat resam dan warisan budaya Sabah, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Advertisement
Program berkenaan akan menampilkan persembahan budaya seperti tarian singa, pertunjukan mercun, upacara tradisional yee sang serta hidangan makanan tradisional pelbagai etnik dan sajian istimewa yang disediakan oleh 15 hotel lima bintang terkemuka di Sabah.

Majlis itu juga akan diserikan dengan persembahan artis terkenal Sabah dan antarabangsa serta aktiviti komuniti mesra keluarga.

Sambutan berkenaan dijangka menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuhan sektor pelancongan negeri selain merangsang ekonomi tempatan melalui acara budaya berimpak tinggi.

Turut hadir Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Josie Lai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here