Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tabung Kebajikan Penggiat Sukan dilancar tahun ini
Published on: Sunday, February 08, 2026
Published on: Sun, Feb 08, 2026
Text Size:
Text:
Tabung Kebajikan Penggiat Sukan dilancar tahun ini
HAJIJI menyampaikan hadiah kepada Olahragawan Para Eddy Bernard (kedua dari kanan).
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan melancarkan Tabung Kebajikan Penggiat-Penggiat Sukan Sabah bagi menjaga kebajikan atlet dan penggiat sukan negeri pada tahun ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, tabung berkenaan yang kini dalam perancangan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) akan menyediakan bantuan perubatan serta sokongan peralatan kepada bekas atlet negara dan negeri Sabah yang sakit, cedera atau memerlukan bantuan tambahan.

Advertisement
“Tabung Kebajikan ini juga akan melengkapkan bantuan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sedia ada, selain menjadi pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap jasa serta pengorbanan atlet yang telah mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di peringkat kebangsaan serta antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2023–2024 di sini, pada Jumaat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, Hajiji memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM98.06 juta kepada KBSK tahun ini sebagai komitmen berterusan membangunkan sektor belia dan sukan di Sabah.

“Daripada jumlah keseluruhan, RM16.75 juta diperuntukkan bagi pembangunan modal insan belia serta pemberian geran kepada persatuan belia, manakala RM27.21 juta bagi pembangunan dan kemajuan sukan negeri.

Advertisement
“Peruntukan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menjadikan belia sebagai aset penting dan pelapis kepimpinan masa depan Sabah, selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi,” tambahnya. 

Menurutnya, insentif pingat emas telah dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000, selain peningkatan insentif bagi pingat lain sebagai dorongan kepada atlet untuk terus berjuang dan cemerlang.

Advertisement
Beliau turut menasihatkan atlet muda supaya tidak mengabaikan pencapaian akademik walaupun bergiat aktif dalam bidang sukan, kerana pembangunan sukan dan pendidikan perlu berjalan seiring.

“Kerajaan mahu atlet Sabah bukan sahaja berjaya dalam sukan, tetapi juga memiliki pendidikan, intelektual dan kreativiti yang tinggi,” katanya.

Pada majlis tersebut, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Kepimpinan Sukan Negeri Sabah kepada Spencer Soo Kok Heng yang mewakili sukan orang pekak, Anugerah Olahragawati Para Negeri Sabah kepada Brenda Anellia Larry bagi sukan para Renang serta Anugerah Olahragawan Para Negeri Sabah kepada Eddy Bernard bagi sukan para Olahraga.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong; Menteri KBSK, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri KBSK, Datuk Seri Dr Anil Sandhu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here