Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lampu hijau bina flat kos rendah sewa beli di Tawau
Published on: Sunday, February 08, 2026
Published on: Sun, Feb 08, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lampu hijau bina flat kos rendah sewa beli di Tawau
LO dan Nizam menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada KIR mangsa kebakaran.
TAWAU: Kerajaan Negeri sudah memberikan lampu hijau untuk membangunkan projek pertama perumahan flat kos rendah di bawah Program Residensi Sabah Maju Jaya (PRSMJ) di daerah ini, melibatkan golongan sasar penduduk setinggan dan golongan B40 yang memerlukan tempat tinggal selamat.

Projek perumahan baharu Kerajaan Negeri itu mengambil inspirasi konsep pembangunan flat Program Perumahan Rakyat (PPR) yang kini dihentikan oleh Kerajaan Persekutuan dan diganti dengan Program Residensi Rakyat (PRR), namun PRSMJ dibayangkan menggunakan kaedah sewa beli (RTO).

Advertisement
Langkah besar ini juga dilihat bakal menguji kemampuan Kerajaan Negeri yang cuba menangani isu perumahan rakyat menggunakan kekuatan sumbernya sendiri, tanpa bergantung atau menunggu dana daripada Kerajaan Persekutuan semata-mata.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui, berkata rancangan itu sudah dibincangkan bersama Ketua Menteri yang kemudiannya memberi restu dan mengalu-alukan pelaksanaannya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Matlamat rancangan ini adalah mengubah kawasan setinggan menjadi penempatan penduduk yang lebih selamat dan sistematik, sekali gus sebagai solusi jangka panjang menangani isu kekerapan kes kebakaran termasuk kecurian bekalan air dan elektrik.

“Ketika ini kerja-kerja mengenal pasti tapak sesuai untuk pembangunan projek masih berjalan, dengan tumpuan kepada lokasi di sekitar kawasan padat setinggan seperti di Batu 2 Jalan Apas, Batu 4 Jalan Apas dan Balung,” katanya.

Advertisement
Lo berkata demikian selepas majlis serah terima bantuan kemanusiaan kepada 80 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Pusat Penempatan Sementara Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau, di sini, pada Sabtu. Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Adun Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. Nizam turut menghulurkan bantuan kecemasan peribadi kepada mangsa kebakaran terlibat yang diwakili KIR masing-masing.

Mengulas lanjut, Lo berkata pemilihan tapak projek itu mengambil kira aspek seperti kesesuaian tanah untuk pembinaan bangunan bertingkat dan kemudahan prasarana lain, di samping lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan penduduk berulang-alik ke tempat kerja.

Advertisement
“Sudah sampai masanya kita memikirkan kaedah berkesan dengan menyusun semula penempatan baharu untuk penduduk di kawasan berisiko tinggi sebagai solusi dalam menuju masa hadapan Tawau yang lebih sejahtera,” katanya.

Isnin lepas, lebih 40 rumah yang dibina terlalu rapat antara satu sama lain musnah dalam kebakaran besar di kawasan penempatan setinggan Kampung Titingan Batu 2 Jalan Apas sehingga menyebabkan 350 mangsa kehilangan tempat tinggal.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here