Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Import, tanam guarana dilarang di Sabah
Published on: Sunday, February 08, 2026
Published on: Sun, Feb 08, 2026
Text Size:
Text:
Import, tanam guarana dilarang di Sabah
Jamawi berkata guarana boleh membawa penyakit tanaman termasuk South American Leaf Blight (SALB) yang boleh mengancam industri getah Sabah.
KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) menegaskan pengimportan, pembiakan, penanaman atau penyelidikan tanaman guarana (Paullinia cupana) di negeri ini tidak dibenarkan bagi mengelak implikasi perundangan serta risiko ancaman penyakit terhadap industri pertanian tempatan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Menteri Maffi Datuk Jamawi Jaafar berkata larangan tersebut selaras dengan kenyataan Jabatan Pertanian Malaysia serta pemakluman rasmi Kementerian Pertanian, Penternakan dan Bekalan Makanan Brazil (Mapa).

Advertisement
“Mapa hanya membenarkan pengeksportan buah guarana untuk tujuan pemprosesan dan makanan manusia manakala mana-mana pihak yang menanam tanaman itu tanpa kebenaran berdepan tindakan perundangan termasuk amaran, penyitaan serta penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (kira-kira RM7.5 juta) di bawah undang-undang Brazil.

“Justeru semua pihak diminta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pengimportan, pembiakan, penanaman atau penyelidikan guarana selain sentiasa mematuhi peraturan kuarantin tumbuhan demi melindungi industri pertanian, keselamatan biodiversiti dan keterjaminan makanan Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata guarana boleh membawa penyakit tanaman termasuk South American Leaf Blight (SALB) yang boleh mengancam industri getah Sabah.

Menurutnya guarana juga berisiko membawa penyakit baharu seperti Colletotrichum guaranicola yang boleh menyerang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk betik, pisang, mangga dan cili sekali gus mengancam keselamatan agromakanan negeri.

Advertisement
“Oleh itu Jabatan Pertanian Sabah tidak membenarkan pengimportan tumbuhan, produk pertanian dan artikel terkawal dari Brazil selaras Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 dan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 yang melarang sebarang aktiviti membawa masuk bahan berkenaan tanpa kebenaran bertulis pengarah pertanian,” tegasnya.

Setakat ini Maffi melalui Jabatan Pertanian Sabah tidak pernah meluluskan sebarang pengimportan bahan tanaman guarana. 

Advertisement
Mana-mana bahan yang dibawa masuk secara tidak sah adalah melanggar Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 serta Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here