TENOM: Sebanyak RM22.308 juta diperuntukkan kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi memperkasa komuniti pekebun kecil di Sabah sepanjang tahun ini.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) Datuk Jamawi Jaafar berkata ia menerusi pelbagai inisiatif pembangunan yang dirangka secara menyeluruh.
“Selain peruntukan peringkat negeri, Risda Keningau juga menerima peruntukan berjumlah RM4.66 juta untuk melaksanakan program pembangunan pekebun kecil di daerah berkenaan.
“Peruntukan ini melibatkan bantuan bagi tiga komponen utama iaitu Program Penanaman Semula Getah dan Bekalan, Program Produktiviti dan Pemasaran serta Program Pengembangan dan Perancangan,” katanya ketika merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Peringkat Risda Negeri Sabah bagi Tahun 2026 di Dewan SJK(C) Chung Hwa pada Sabtu.
Mengulas lanjut Jamawi menyatakan program berkenaan merupakan satu inisiatif murni Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Risda bagi memastikan komuniti desa khususnya pekebun kecil menerima maklumat terkini yang bermanfaat untuk meningkatkan pulangan serta menyokong pembangunan desa yang mampan.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






