Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sabah sambut baik cadangan bekalan ikan ke Semenanjung
Published on: Monday, February 09, 2026
Published on: Mon, Feb 09, 2026
Text Size:
Text:
Sabah sambut baik cadangan bekalan ikan ke Semenanjung
RUSLAN (tengah) bergambar bersama ahli Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).
BEAUFORT: Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membawa bekalan ikan dari Sabah ke Semenanjung sebagai langkah menangani kenaikan harga ikan di pasaran.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata cadangan berkenaan bukan sahaja mampu menstabilkan bekalan di Semenanjung malah memberi manfaat besar kepada nelayan di Sabah melalui peningkatan pendapatan.

Advertisement
“Hasil pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini mendapati harga ikan di negeri ini jauh lebih rendah berbanding di Semenanjung.

“Keadaan ini membuka peluang kepada nelayan Sabah untuk memasarkan hasil tangkapan ke pasaran yang menawarkan harga lebih baik,” katanya kepada media selepas Majlis Anugerah Janang Gayuh di pada Sabtu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menjelaskan langkah membawa ikan dari Sabah ke Semenanjung dilihat sebagai satu mekanisme strategik bagi membantu nelayan berdepan peningkatan kos sara hidup.

Dalam masa sama inisiatif terbabit dijangka dapat menampung keperluan bekalan ikan negara serta mengurangkan tekanan harga kepada pengguna di Semenanjung.

Advertisement
Dalam pada itu beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap laporan kematian ikan di Sungai Tagal Kampung Bambangan, Tambunan yang dilaporkan baru-baru ini.

“Masalah ini bukan terjadi di daerah Tambunan saja malah di Beaufort dan beberapa daerah lain perkara ini turut berlaku. 

Advertisement
“Apabila pembukaan hutan, pembukaan ladang-ladang pertanian yang banyak menggunakan racun rumput ini kesannya sangat membimbangkan terutama kepada alam sekitar khususnya di sungai, anak-anak sungai yang mana ada pembiakan ikan, udang dan sebagainya.

“Perkara ini nanti kita akan bawa dalam perbincangan di peringkat kementerian dan Insyahallah menteri kita akan bawa di peringkat Kabinet untuk mencari mekanisme atau cara untuk kita mengurangkan penggunaan racun.

“Mungkin kita akan hadkan jarak daripada sungai ataupun persekitaran yang sepatutnya yang dibolehkan supaya ikan, udang kita di sungai tidak terancam daripada penggunaan racun ini,” ujarnya. 

Ruslan menambah isu itu lebih merisaukan memandangkan sumber air dari sungai juga merupakan keperluan harian yang digunakan oleh penduduk setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here