Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Esscom tahan 14 individu terbabit pelbagai kesalahan
Published on: Monday, February 09, 2026
Published on: Mon, Feb 09, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Esscom tahan 14 individu terbabit pelbagai kesalahan
OPERASI dilaksanakan di kawasan setinggan.
SANDAKAN: Seramai 14 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Sandakan yang dikoordinasikan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada 5 Februari lalu melibatkan kes pendatang tanpa izin (PTI), kes narkotik serta pelbagai kesalahan penguatkuasaan lain.

Daripada jumlah itu 13 lelaki dan wanita dewasa diserahkan kepada Jabatan Imigresen Sandakan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

Advertisement
Seorang lagi lelaki ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan selepas didapati positif dadah jenis syabu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komander Esscom DCP Datuk Victor B Sanjos berkata operasi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pelbagai jabatan dan agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya operasi meliputi kawasan bandar Sandakan serta penempatan koloni setinggan, pinggir bandar dan kampung yang dikenal pasti termasuk laluan ketirisan berhampiran sempadan daratan dan perairan daerah terbabit.

“Selain membanteras penyusupan PTI dan penyeludupan barang kawalan, bersubsidi serta tidak bercukai, Sabah Electricity turut melaksanakan pemotongan sambungan elektrik haram melibatkan kerugian dianggarkan RM310,000 di bawah Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024. 

Advertisement
“Jabatan Air Sabah (Jas) Daerah Sandakan pula menguatkuasakan tindakan terhadap sambungan paip haram dengan anggaran kerugian RM27,215 di bawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Sabah 2003,” katanya.

Dalam perkembangan sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sandakan mengeluarkan 137 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. 

Advertisement
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM5,316.46 serta mengeluarkan lima kompaun berjumlah RM1,200 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) turut merampas peralatan penjaja tidak berlesen bernilai RM500 dan rokok tidak bercukai dianggarkan RM5,898 di sekitar kawasan pasar.

Sementara itu Victor menyatakan objektif utama operasi berkenaan adalah bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) selain mengekang penyeludupan, penyelewengan barang kawalan, kemasukan PTI serta kesalahan-kesalahan lain yang boleh menjejaskan keselamatan awam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here