Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Bapa OKU cabul anak kandung dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Published on: Tuesday, February 10, 2026
Published on: Tue, Feb 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bapa OKU cabul anak kandung dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (SOACA) 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang bapa OKU (pekak) berusia 45 tahun yang melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak tunggalnya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan ketika dibacakan oleh jurubahasa bahasa isyarat pada Isnin.

Advertisement
Lelaki itu dijatuhi penjara tujuh tahun dan dua sebatan kerana melakukan kesalahan terhadap anak perempuannya yang berusia 11 tahun dengan menyentuh payudara dan memasukkan jari ke alat sulit mangsa.

Kejadian berlaku di bilik sebuah rumah di Manggatal sekitar jam 10 malam pada Oktober 2025.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (SOACA) 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan bapa-anak dengan mangsa, lelaki itu turut dikenakan hukuman tambahan tiga tahun penjara dan satu sebatan.

Advertisement
Hukuman tambahan terbabit di bawah Seksyen 16(2)(a) SOACA yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berturutan.

Semasa hujahan mitigasi lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dirinya pekak dan mempunyai seorang anak (mangsa) untuk dijaga.

Advertisement
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat kerana seorang bapa sepatutnya melindungi anak sendiri daripada sebarang bahaya, bukannya melakukan penderaan seksual terhadap mangsa. 

Fazriel Fardiansyah menegaskan bahawa mangsa pastinya mengalami trauma dan kesan psikologi akibat kejadian itu.

Mahkamah mendengar bahawa kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur seorang diri di biliknya sebelum tersedar bahawa bapanya berada di katil.

Lelaki terbabit kemudiannya tiba-tiba mengusap payudara mangsa dan memasukkan jari ke dalam kemaluan gadis itu serta cuba berada di atasnya tetapi mangsa kemudian menggerakkan badan menyebabkan si bapa berpindah ke biliknya yang dipisahkan oleh dinding dan hanya mempunyai satu pintu.

Kejadian itu terbongkar apabila mangsa yang trauma dengan perbuatan bapanya menceritakan perkara itu kepada guru yang kemudian membawa mangsa membuat laporan polis.

Susulan laporan polis tersebut lelaki itu ditahan dan mengaku bahawa dia telah melakukan gangguan seksual terhadap anak tunggalnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here