Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Mekanik parah diserang ‘pelanggan bertopeng’
Published on: Wednesday, February 11, 2026
Published on: Wed, Feb 11, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Mekanik parah diserang  ‘pelanggan bertopeng’
Jasmin berkata suspek sempat mencuba untuk mengeluarkan besi terbabit tetapi mekanik itu meronta kesakitan sehingga mendorong ‘penyerangnya’ membawa mangsa ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.
TAWAU: Seorang penjenayah tegar berumur 32 tahun dengan lebih 10 rekod jenayah diberkas selepas seorang mekanik motosikal dilastik dengan sebatang besi halus sehingga cedera parah oleh seorang ‘pelanggan bertopeng’ di Kg Kongsi 8 di sini, minggu lepas.

Suspek yang juga rakyat tempatan ditangkap dalam operasi yang dilancarkan polis di kampung itu pada Isnin. Dia dipercayai menjadi suspek utama.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata laporan polis dibuat oleh seorang mekanik tempatan berumur 31 tahun pada Ahad sebaik selesai menerima rawatan di Hospital Tawau.

“Mekanik itu cedera parah selepas kaki kirinya dilastik sehingga tembus dengan sebatang besi halus panjang oleh seorang ‘pelanggan bertopeng’ dalam kejadian itu,” katanya pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mekanik itu sedang bekerja membaiki motosikal pada hari kejadian apabila seorang lelaki tidak dikenali menghubunginya kira-kira jam 9.24 malam supaya datang mengambil upah di rumahnya di Kg Kongsi 8.

Apabila mangsa datang ke rumah pelanggan itu di Kg Iban Merotai Besar kira-kira jam 11.38 malam, dia terkejut seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul menarik kedua-dua tangannya ke belakang.

Advertisement
“Ketika kejadian itu berlaku, pengadu berada di atas motosikal sambil menunggu pelanggan yang menghubunginya. Dia tidak dapat mengecam wajah penyerangnya kerana lelaki berkenaan menggunakan kain untuk menutup sebahagian wajahnya,” kata Jasmin. 

Lelaki bertopeng itu kemudian meminta mangsa membaiki motosikalnya namun mekanik itu menolak jika upahnya tidak dibayar sehingga menyebabkan suspek mengugut mahu melastiknya.

Advertisement
Mekanik terbabit memberitahu akan membuat laporan polis jika diperlakukan sedemikian. Suspek kemudian bertindak melastik kaki kiri pengadu sehingga tembus.

Jasmin berkata suspek sempat mencuba untuk mengeluarkan besi terbabit tetapi mekanik itu meronta kesakitan sehingga mendorong ‘penyerangnya’ membawa mangsa ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

“Mangsa menjalani dua sesi pembedahan,” katanya.

Semakan terhadap latar belakang suspek mendapati lelaki itu mempunyai sebanyak 11 rekod jenayah lampau yang dilaporkan di Tawau, Ampang, Sungai Way, Damansara dan Sungai Jarom. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here