Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Wanita didenda tawar khidmat seks di premis urut
Published on: Thursday, February 12, 2026
Published on: Thu, Feb 12, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Wanita didenda tawar khidmat seks di premis urut
Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 42 tahun yang menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM250 didenda RM3,800 atau 11 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Rabu ekoran meminta pelanggan bagi tujuan pelacuran.

Norainah Kamal mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3.30 petang pada 3 Februari di sebuah premis urut di Inanam.

Advertisement
Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Inspektor Yusdi Basri yang mengendalikan pendakwaan berkata polis menjalankan operasi di premis urut berkenaan selepas menerima maklumat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setibanya di lokasi pasukan serbuan memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan sebelum menuju ke sebuah bilik bernombor lima.

Di dalam bilik itu Norainah ditemui dalam keadaan berbogel bersama seorang lelaki.

Advertisement
Siasatan mendapati Norainah menawarkan khidmat seks berselindung di sebalik urutan dikenali sebagai “urut batin” kepada pelanggan dengan bayaran RM250. Dia kemudian ditangkap.

Dalam rayuannya yang tidak diwakili peguam Norainah memohon belas kasihan dengan alasan dia merupakan ibu tunggal kepada empat anak dan turut menjaga ibunya yang juga seorang ibu tunggal.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang lelaki yang didakwa memiliki dua MyKad milik dua wanita akan dibicarakan pada 9 Mac.

Akmidin Ahmidin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas pertuduhan memiliki MyKad milik Nurtafiza Nordin dan Siti Diana Abdullah pada 13 Januari tahun ini, jam 5.45 petang di Asia City.

Kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here