Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Taman Bukit Tawau diperkasa sebagai Destinasi Komuniti Hijau 
Published on: Thursday, February 12, 2026
Published on: Thu, Feb 12, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Taman Bukit Tawau diperkasa sebagai Destinasi Komuniti Hijau 
Jafry berkata, fokus utama pembangunan itu adalah penaiktarafan infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan pengalaman pengunjung.
TAWAU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah komited mahu memperkasa Taman Bukit Tawau (TBT) sebagai Destinasi Komuniti Hijau yang lestari, mesra pengunjung dan berdaya tarikan tinggi selaras agenda pelancongan berteraskan alam semula jadi.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, fokus utama pembangunan itu adalah penaiktarafan infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan pengalaman pengunjung.

Advertisement
Menurutnya, usaha tersebut merangkumi penambahbaikan kawasan rehat dan rekreasi keluarga serta penyediaan elemen interpretasi alam sekitar yang lebih informatif dan interaktif.

“Peningkatan kemudahan ini akan memastikan Taman Bukit Tawau tampil sebagai ruang rekreasi hijau yang selesa, selamat dan inklusif, sekaligus mampu menarik lebih ramai pengunjung domestik dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, pembangunan berkenaan juga dijangka memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat melalui peluang keusahawanan dan pekerjaan, selain mengukuhkan kedudukan Tawau sebagai destinasi pelancongan hijau yang progresif.

Dalam pada itu, Jafry menegaskan kementerian akan memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berteraskan prinsip kelestarian tanpa menjejaskan alam sekitar.

Advertisement
Taman Bukit Tawau merupakan antara kawasan rekreasi alam semula jadi yang menjadi tumpuan pengunjung di daerah ini yang berpotensi besar untuk terus dibangunkan sebagai produk pelancongan berasaskan alam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here