Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Wanita dilapor hilang sejak Selasa lalu
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
By: Info X
Text Size:
Text:
Wanita dilapor hilang sejak Selasa lalu
Julia Maning, yang menetap di Beverly Hills, Bundusan dan bekerja di sebuah restoran, kali terakhir dapat dihubungi pada Selasa (10 Feb).
PENAMPANG: Seorang wanita berumur 28 tahun dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya. 

Julia Maning, yang menetap di Beverly Hills, Bundusan dan bekerja di sebuah restoran, kali terakhir dapat dihubungi pada Selasa (10 Feb).

Advertisement
Menurut keluarganya, Julia telah memaklumkan hasrat untuk pulang ke Lahad Datu pada tarikh tersebut. Bagaimanapun, selepas itu telefon bimbitnya tidak lagi dapat dihubungi dan usaha mengesan keberadaannya setakat ini masih belum berhasil.

Ahli keluarga turut mendedahkan bahawa sejak kebelakangan ini, Julia ada memuat naik kemas kini bertemakan sedih di media sosial, sekali gus menambah kebimbangan terhadap keselamatannya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami sangat risau kerana sehingga kini kami masih belum menerima sebarang berita daripadanya,” kata seorang ahli keluarga ketika dihubungi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Julia diminta menghubungi keluarganya di 016-2923329 bagi membantu usaha pencarian.  

Advertisement
Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan sehingga boleh mengganggu usaha pencarian serta menghormati privasi keluarga. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here