Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Bao Long juara Tertutup Malaysia
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Bao Long juara Tertutup Malaysia
JUSTIN (tengah) bersama semua pemenang.
Kota Kinabalu: Lam Bao Long dari Kuala Lumpur merangkul kejuaraan lelaki pada Kejohanan Tenis Lembut Malaysia (Tertutup) 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu hujung minggu lalu.

Dia menumbangkan penyandang juara Peraljit Singh dari Selangor 5-2 pada perlawanan akhir untuk meraih hadiah utama manakala tempat ketiga menjadi milik pemain tempatan Jedidiah Kwan yang menewaskan Joe Chong dari Kuala Lumpur 5-3.

Advertisement
Dalam pertandingan round robin wanita, Euodia Lai dari Kota Kinabalu memperoleh kedudukan teratas selepas memenangi semua perlawanannya. 

Tempat kedua disandang oleh Feebie Fam juga dari Kota Kinabalu diikuti Eloise Voon dan Allyson Faustina.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 35 pemain mengambil bahagian dalam pertandingan dua hari itu dan presiden Persatuan Tenis Lembut Malaysia (MSTA), Dato Shamshuzaman Hj Sulaiman gembira dengan sambutan positif itu dan memuji Persatuan Soft Tennis Sabah (SSTA) kerana menganjurkan kejohanan dengan jayanya.

Naib presiden MSTA merangkap presiden SSTA Justin Liew yang merasmikan majlis penutupan bagi pihak Shamshuzaman berkata kejohanan itu menjadi platform pemilihan pemain untuk mewakili Malaysia pada masa akan datang dalam kejohanan antarabangsa seperti Piala Korea, Piala China dan mungkin juga termasuk kejuaraan Persekutuan Tenis Lembut Asia Tenggara (SEASTF) yang akan diadakan sama ada di Kemboja atau Laos pada penghujung tahun.

Advertisement
Lima pemain terbaik dalam kategori 16 bawah yang diumumkannya yang akan mewakili negara pada kejohanan tahun ini ialah pemain lelaki Kovith Sharma, Jayden Jay Ng, Oswald Wong Sein Yao, Michah Lai, dan Wee Jian Fang manakala pemain perempuan dalam senarai tersebut ialah Eloise Voon, Allyson Faustina, Wong Xin Yu, Makayla Xin dan Tan Koh Lai.

Selain itu, Jedidiah Kwan, Jairus Chung dan Euodia Lai disenarai pendek untuk kategori bawah 18.

Advertisement
Justin juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Sabah dan MSTA atas sokongan berterusan mereka terhadap badan negeri itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here