Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
ECoS rampas kelengkapan elektrik bernilai lebih RM300,000
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
Text Size:
Text:
ECoS rampas kelengkapan elektrik bernilai lebih RM300,000
PEGAWAI penguatkuasaan ECoS semasa serbuan di salah sebuah premis.
KOTA KINABALU: Barangan kelengkapan elektrik tanpa label keselamatan Sirim bernilai lebih RM300,000 dirampas oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) daripada dua premis di sini.

Serbuan yang julung kali itu dilaksanakan melibatkan 23 pegawai ECoS, dibantu oleh empat pegawai Sirim Berhad selaku Badan Penilaian Pematuhan yang diiktiraf oleh ECoS.  

Advertisement
Operasi itu adalah bagi memastikan kelengkapan elektrik mematuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan 107, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024 (PPBE 2024).  Ketua Pegawai Operasi ECoS Ir. Ts. Ridwan Saham berkata operasi itu dilaksanakan susulan pengeluaran Notis Larangan pada Disember 2025. 

“Bagaimanapun, beberapa premis masih didapati ingkar mematuhi notis tersebut dan terus menjual kelengkapan elektrik yang tidak mematuhi kehendak perundangan.” 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seperti yang diperuntukkan di bawah subperaturan 110(2) PPBE 2024, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan menjual kelengkapan elektrik pengguna yang tidak mematuhi kehendak perundangan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“ECoS menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara serta memastikan semua pihak mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Sabah,” kata Ridwan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here