TAWAU: Semua pemain industri pelancongan di daerah ini perlu mempertingkatkan aspek kreativiti serta kerjasama dalam kalangan mereka untuk memastikan produk pelancongan Tawau mampu dipasarkan secara lebih berkesan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata Tawau mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi malah mampu menawarkan pakej-pakej yang baik untuk pelancong dalam mahupun luar negara.
Bagaimanapun katanya antara isu utama yang harus ditangani adalah kurangnya kerjasama dalam kalangan pemain industri itu sendiri bagi memasarkan produk pelancongan secara lebih bersepadu dan kreatif.
Dalam masa yang sama beliau mahu pihak berkenaan lebih proaktif merebut peluang insentif dan bantuan ditawarkan atau disediakan kerajaan melalui kementerian dan agensi berkaitan termasuk isu perlesenan.
Advertisement





