Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
96 PTI ditahan di Semporna, Lahad Datu dan Kota Kinabalu
Published on: Saturday, February 14, 2026
Published on: Sat, Feb 14, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
96 PTI ditahan di Semporna, Lahad Datu dan Kota Kinabalu
ANGGOTA penguat kuasa menjalankan operasi.
SEMPORNA: Seramai 61 warga Filipina dipercayai pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan dalam operasi bersepadu yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini, pada Khamis.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos berkata operasi itu melibatkan pelbagai agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selain agensi Persekutuan dan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan.

Advertisement
Operasi dijalankan di kawasan bandar Semporna, termasuk penempatan setinggan dan kampung, bertujuan membanteras kegiatan penyeludupan barangan kawalan serta bersubsidi, selain mengekang kehadiran PTI dan penyalahgunaan pas pelancong oleh warga asing.

“Sepanjang operasi, seramai 1,125 individu dan 375 premis termasuk hotel serta resort telah diperiksa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasilnya, seramai 61 individu yang disyaki PTI ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Victor berkata Sabah Electricity turut memutuskan sambungan elektrik haram serta merampas bahan seberat hampir 40 kilogram di bawah Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024.

Advertisement
Beliau berkata operasi keselamatan turut dilaksanakan di laluan yang sering digunakan penjenayah berhampiran sempadan darat dan perairan.

“Sejajar aspirasi Esscom ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’, Esscom akan terus berusaha memastikan ancaman pencerobohan kumpulan asing dihapuskan serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di Pantai Timur Sabah.

Advertisement
“Operasi bersepadu seperti ini akan terus dipertingkat di daerah Esszone bagi mengekang elemen jenayah rentas sempadan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden keselamatan di Esszone diminta menghubungi Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 atau WhatsApp 011-63311072.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Sabah menahan 35 PTI dalam operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Jaja di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Dalam Ops Sapu di Lahad Datu, seramai 111 individu terdiri daripada warga Malaysia, Indonesia dan Filipina diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati 31 warga asing disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, melebihi tempoh lawatan dan melanggar syarat pas. Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki, 12 wanita dan 16 kanak-kanak.

Dalam Ops Jaja di Kota Kinabalu, empat PTI — dua lelaki dan dua wanita — ditahan kerana kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.

Jabatan Imigresen Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan dipertingkatkan secara berkala bagi mengekang kehadiran PTI serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here