Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
‘Inisiatif COBT bukan persaingan’
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
‘Inisiatif COBT bukan persaingan’
JONISTON (dua dari kiri) sama-sama melepaskan anak ikan kelah di sungai.
PENAMPANG: Sabah mempunyai banyak inisiatif Eko-Pelancongan Komuniti (COBT) yang setiap satunya membawa pengalaman unik serta menarik. 

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata ada pihak yang mungkin melihatnya sebagai satu persaingan namun pihaknya memandang COBT sebagai saling melengkapi. 

Advertisement
“Komuniti luar bandar menawarkan pengalaman yang berbeza kerana landskap atau persekitaran semula jadi dan cara hidup berbeza dari satu daerah ke daerah lain.

“Ia adalah sesuatu yang amat baik diadakan di setiap daerah,” katanya ketika melancarkan Eko-Pelancongan Komuniti Tampasak Eko-Camp dan Tagal Sondoton-Piombolutan Taman Sondoton Kampung (Kg) Tampasak Penampang pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston berkata dalam konteks Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dan Tahun Melawat Sabah 2027, Sabah memerlukan lebih banyak produk pelancongan baharu untuk menarik pelawat dan memperkayakan pengalaman mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memuji seluruh komuniti Kg Tampasak dan Babagon atas kejayaan merealisasikan Eko-Pelancongan Komuniti Tampasak Eko-Camp dan pelaksanaan Tagal Sondoton–Poimbolutan berkenaan.

Advertisement
“Hari ini adalah bukti semangat dedikasi, kerjasama dan ketabahan komuniti dalam membangunkan pelancongan untuk kebaikan penduduk dan pelawat.

“Saya faham bahawa perjalanan ini bukan mudah. Cabaran, kekangan sumber dan penyesuaian selepas perpindahan kampung memerlukan usaha gigih,” katanya menambah bahawa pelancongan adalah antara teras utama dalam pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Advertisement
Menurut Joniston semangat kebersamaan dan komitmen komuniti di Penampang adalah contoh terbaik bagaimana masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan pelancongan di Sabah. Dalam pada itu katanya pihak STB melihat COBT sebagai aspek penting dalam pembangunan pelancongan negeri.

“Kami mempunyai Unit Produk yang memantau semua produk dan inisiatif COBT, memastikan mereka selaras dengan piawaian dan memberi sokongan berterusan. 

“STB juga menyediakan latihan dan program upskilling yang diperlukan untuk memperkasakan komuniti, membolehkan mereka mengurus dan meningkatkan produk pelancongan mereka sendiri.

“Oleh itu kita menggesa semua agensi, rakan strategik dan komuniti terus bekerjasama dengan STB bagi memastikan usaha COBT dapat berkembang secara mampan dan memberi manfaat jangka panjang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here