Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Pendatang tanpa izin dipenjara 10 bulan 
Published on: Tuesday, February 24, 2026
Published on: Tue, Feb 24, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pendatang tanpa izin dipenjara 10 bulan 
Di bawah Seksyen 6 akta berkenaan pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan sebatan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita warga Indonesia berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah serta masuk semula ke negeri ini secara haram selepas diusir.

Mariani Muda mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama dia dihukum penjara empat bulan kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Bagi pertuduhan kedua Mariani dijatuhi hukuman penjara enam bulan lagi kerana memasuki Malaysia secara tidak sah selepas dikeluarkan secara sah dari negara ini pada 18 Julai 2024.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu dikesan pada 8 Januari tahun ini kira-kira jam 10.50 pagi di sebuah restoran di Likas Plaza.

Di bawah Seksyen 6 akta berkenaan pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan sebatan.

Advertisement
Sementara itu Seksyen 36 akta yang sama memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali selain boleh dikenakan sebatan dan perintah pengusiran dari Malaysia.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara tersebut dijalankan secara berasingan (berturutan).

Advertisement
Dalam kes berkaitan dua lagi warga asing masing-masing dari Filipina turut disabitkan kesalahan kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Kedua-duanya dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Mahkamah turut memerintahkan semua warga asing berkenaan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Gressia Yolanda Ismail Uvaraj.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here