Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Guru besar guna dokumen palsu mohon peruntukan
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru besar guna dokumen palsu mohon peruntukan
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 471/468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang guru besar berusia 56 tahun didenda keseluruhan RM32,000 kerana menggunakan dokumen palsu untuk memohon peruntukan khas daripada Jabatan Ketua Menteri serta bersubahat membantu seorang kontraktor mendapatkan bayaran bagi bekalan sebuah sekolah rendah.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Abd Rasad Sadikir @ Sadikil selepas kesnya dikemukakan untuk fakta dan hukuman berikutan pengakuan bersalah sebelum ini terhadap sepuluh pertuduhan pada Jumaat.

Advertisement
Abd Rasad didenda RM8,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk memohon peruntukan khas berjumlah RM85,000 daripada Jabatan Ketua Menteri.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua tertuduh menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen iaitu penyata bank bertarikh 19 Ogos 2021 dan surat sokongan daripada Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Banggi bertarikh 4 April 2021.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan menyatakan kedua-dua dokumen palsu itu dikemukakan dengan niat untuk memperdaya bagi mendapatkan RM85,000 daripada Peruntukan Khas Ketua Menteri untuk pembinaan pejabat pentadbiran Persatuan Komuniti Anak Banggi di Kampung Karakit Banggi, Kudat.

Dana tersebut disalurkan melalui Kementerian Kewangan Negeri Sabah ke dalam akaun bank milik seorang wanita.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan antara April hingga Julai 2021 di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Blok C, Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat.

Sementara itu bagi lapan pertuduhan lain, bagi pertuduhan pertama hingga keempat Abd Rasad didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan kerana menggunakan dokumen palsu iaitu Nota Minta bertarikh 5, 6, 8 dan 9 Oktober 2018 untuk mendapatkan bayaran bekalan alat bimbingan kaunseling bernilai RM1,197, alat kertas peperiksaan (RM1,000), peralatan perpustakaan (RM720) dan peralatan pejabat (RM6,750) untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Manggis Mangkubou, Pitas.

Advertisement
Pertuduhan menyatakan tertuduh mengetahui butiran dalam Nota Minta itu adalah palsu dan kesalahan tersebut dilakukan di pejabat sekolah berkenaan antara Oktober hingga Disember 2018.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 471/468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima hingga kelapan Abd Rasad didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan kerana bersubahat dan membantu seorang wanita Rasnah Majuan, 49, menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan bayaran bagi bekalan dari pihak sekolah.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsham Saharom mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Adam Aludah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here