Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Warga emas tunjuk kemaluan kepada jiran didenda RM4000
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Warga emas tunjuk kemaluan kepada jiran didenda RM4000
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 69 tahun didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat kerana menunjukkan kemaluan di hadapan jirannya tahun lalu.

Chong Fui Fung mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun dengan berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa pada jam 8.11 pagi, 15 Disember 2025 di hadapan sebuah rumah di Taman Penampang, Penampang.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pada hari kejadian pengadu berada di luar rumah untuk bersiap ke tempat kerja sebelum melihat tertuduh yang merupakan jirannya dan tinggal bertentangan rumah dalam keadaan bogel sambil menyentuh kemaluannya dan memandang ke arahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah diberitahu bahawa perbuatan tersebut telah berlaku sejak 2024 dan tertuduh pernah diberi amaran sebelum ini.

Perbuatan itu berlaku hampir setiap hari dan menyebabkan pengadu berasa tidak selesa serta terancam kerana tertuduh hanya bertindak sedemikian apabila terserempak dengannya.

Advertisement
Kejadian tersebut turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di rumah pengadu.

Pengadu kemudiannya membuat laporan polis atas faktor keselamatan dan untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia bertindak untuk kepuasan diri dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

“Saya sedang menyidai pakaian ketika itu dan bertindak secara spontan. Saya menyesal dan berasa malu dengan perbuatan saya,” katanya.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here