Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
UMS, José Rizal  University Filipina meterai MoU  perkukuh kerjasama akademik serantau
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
UMS, José Rizal  University Filipina meterai MoU  perkukuh kerjasama akademik serantau
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan José Rizal University (JRU), Filipina memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya baru-baru ini bagi memperkukuh kerjasama akademik dan pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata kolaborasi itu bukan sahaja menyokong kedudukan UMS dalam penarafan global seperti QS World University Rankings dan Times Higher Education (THE), malah memperkukuh peranannya sebagai ‘The Brain of Borneo’.

Advertisement
“Kerjasama strategik yang diterajui Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS bersama College of Hospitality and Tourism Management JRU ini menandakan fasa baharu hubungan kedua-dua institusi setelah hampir sedekad menjalin kolaborasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. 

Beliau berkata antara fokus utama kerjasama itu termasuk penyelidikan bersama dalam bidang ekonomi biru, transformasi digital dan pelancongan mampan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, kedua-dua universiti akan meneroka pembangunan mikro-kredensial, pemindahan kredit melalui pensijilan digital, serta pelaksanaan program pendidikan rentas negara (TNE) termasuk ijazah bersama dan latihan industri.

Sementara itu, Pensyarah FPEP UMS, Profesor Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul berkata, hubungan kerjasama yang terjalin sejak 2017 menerusi pelbagai inisiatif seperti seminar kelestarian dan program profesor pelawat itu kini mencapai kemuncak melalui MoU tersebut.

Advertisement
Beliau berkata usaha berterusan itu bakal memberi manfaat besar kepada staf dan pelajar melalui pendedahan kepada pengalaman pembelajaran serta kemahiran dunia sebenar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here