Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
28 PTI ditahan, kompaun dan rampasan lebih RM600,000
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
28 PTI ditahan, kompaun dan rampasan lebih RM600,000
ANTARA mereka yang ditahan dalam operasi itu.
SEMPORNA: Seramai 28 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan manakala 165 notis dan kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini, pada Rabu dan Khamis.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos dalam satu kenyataan berkata, operasi selama dua hari itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan premis pelancongan mematuhi keperluan pelesenan serta menyokong keselamatan dan reputasi sektor pelancongan di Semporna.

Advertisement
Operasi yang disertai 269 pegawai dan anggota pelbagai agensi itu turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan melibatkan imigresen, operasi perniagaan, penggajian, pematuhan kastam serta kesalahan berkaitan hidupan liar yang dilindungi.

Victor berkata sepanjang operasi, pemeriksaan mengejut dilakukan di 40 resort dan premis perniagaan di kawasan pekan, di perairan serta di penempatan dan kampung sekitar daerah berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Operasi tersebut menghasilkan kompaun, notis dan rampasan berjumlah RM680,250. 

“Seramai 38 individu diperiksa oleh Jabatan Imigresen dan daripada jumlah itu, 28 didapati tidak mempunyai dokumen sah. Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement
“Sepanjang operasi itu juga, Jabatan Tenaga Kerja mengeluarkan 32 kompaun di bawah Akta Kerja 1955 melibatkan ketidakpatuhan terhadap syarat pekerjaan dan peruntukan kebajikan pekerja,” katanya.

Menurut Victor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeluarkan sembilan kompaun manakala Majlis Daerah Semporna mengeluarkan 33 kompaun atas pelbagai kesalahan.

Advertisement
Jabatan Bomba dan Penyelamat pula mengeluarkan 49 notis di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 melibatkan premis yang tidak mempunyai kemudahan keselamatan kebakaran seperti pili bomba, pengesan asap, sistem penggera, lampu kecemasan dan alat pemadam api.

Operasi itu turut menyaksikan rampasan minuman keras tanpa lesen oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernilai RM11,642.19 termasuk cukai, manakala Jabatan Hidupan Liar merampas produk hidupan liar termasuk daging babi hutan, penyu dan burung tiong emas yang dianggarkan bernilai RM1,300. Jabatan Perikanan Sabah turut merampas peralatan menangkap ikan dalam operasi tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan tujuh kompaun di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999, manakala Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan 18 kompaun terhadap majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka.

Victor merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat atas kerjasama dalam memastikan operasi itu berjalan lancar.

Beliau berkata operasi tersebut dilaksanakan di bawah Operasi Sanggah sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan Kerajaan Madani bagi memperkukuh keselamatan dan penguatkuasaan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Selaras dengan slogan “Tiada Hari Tanpa Operasi”, Esscom akan terus mempergiat operasi bersepadu bagi mengekang sebarang elemen jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah Timur kekal terjamin dan terkawal.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di Esszone kepada Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau melalui WhatsApp di 011-63311072.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here