Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kinabalu Yacht Club tampil aksi cemerlang di Borneo SUP
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kinabalu Yacht Club tampil aksi cemerlang di Borneo SUP
PEMENANG pingat KYC bersama Allan (kelima dari kiri).
Kota Kinabalu: Kinabalu Yacht Club (KYC) menampilkan persembahan cemerlang pada Borneo International SUP Marathon 2026 hujung minggu lalu, memperoleh beberapa penamat podium dan menandakan pencapaian penting untuk kelab itu.

Komodor kelab Albert Shim dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Khamis berkata atlet mereka menunjukkan kemahiran, ketahanan dan semangat berpasukan yang luar biasa untuk meletakkan kelab itu di peringkat SUP antarabangsa.

Advertisement
Mereka kembali dengan tiga pingat emas dalam perlumbaan 21km menerusi Yoann Martin menerusi acara terbuka lelaki, Reena James dalam acara terbuka wanita dan Koh Cheng Hsiung dalam acara master lelaki.

Satu perak daripada Tiong Jia Yi dalam acara terbuka wanita dengan tiga pingat gangsa disumbangkan oleh Susan Pan dalam acara terbuka wanita, Jarrow Marcus dalam acara master lelaki dan berganti-ganti berpasukan selepas melakukan pertarungan hebat sebelum tewas kepada pasukan Jepun/Thailand dan Indonesia yang lebih bersedia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shim mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan atas pencapaian mereka dan memberi penghormatan kepada kapten pasukan Sandeep Singh Gill atas kepimpinannya yang memberi inspirasi.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada kapten pasukan kami, Sandeep. Kemenangan ini tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinannya.

Advertisement
“Pujian khas juga kepada naib kapten komodor Allan Koay, dan ahli jawatankuasa serta mereka yang terlibat atas sokongan tidak berbelah bahagi dan kerja keras mereka untuk membanggakan kita semua,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here