Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Lelaki tunggang motosikal curi ditahan bersama syabu
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki tunggang motosikal curi ditahan bersama syabu
SUSPEK ketika ditahan polis di Jalan Kuhara.
TAWAU: Seorang lelaki menunggang motosikal dilapor hilang diberkas polis selepas turut didapati memiliki satu paket lutsinar berisi syabu semasa rondaan cegah jenayah di Lorong Muhibbah Bal, Jalan Kuhara pada Isnin. 

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin  Hussin berkata suspek warga tempatan berusia 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Strike Team dari Balai Polis Tawau sekitar jam 3.30 pagi. 

Advertisement
“Ketika anggota polis cuba menahan suspek untuk tujuan pemeriksaan, lelaki terbabit cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas anggota polis menggunakan kekerasan minimum.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan ke atas suspek, polis tidak menemui sebarang barang salah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun pemeriksaan lanjut terhadap beg silang yang dibawanya membawa kepada penemuan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya. 

Jasmin berkata pemeriksaan juga dilakukan terhadap motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hitam yang ditunggang suspek dan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dilaporkan hilang pada 4 April lalu. 

Advertisement
Beliau berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah.

“Suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here