Kota Kinabalu: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas pengiktirafan serta sokongan diberikan terhadap komuniti kewartawanan di negeri ini.
Pengerusi KKJA Datuk Jimmy Goh
(gambar) menyampaikan penghargaan itu ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Media Hari Raya yang dianjurkan Ketua Menteri di Magellan Sutera pada Sabtu lalu.
Advertisement
_E.jpg)
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana setiap tahun menjemput wartawan khususnya ahli KKJA untuk bersama-sama meraikan Hari Raya.
“Usaha ini mencerminkan hubungan erat dan kukuh antara kerajaan dan media di Sabah,” katanya. Goh turut merakamkan penghargaan kepada Tun Musa Aman atas penganugerahan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran Datuk yang menurutnya dikongsi bersama seluruh warga media di Sabah.
“Saya amat berterima kasih kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman dan Ketua Menteri atas penganugerahan PGDK (Datuk) ini.
“Pengiktirafan ini amat bermakna bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada komuniti kewartawanan di Sabah,” katanya.
Advertisement

Menurutnya beliau merupakan Pengerusi KKJA pertama yang menerima gelaran Datuk dalam sejarah 35 tahun persatuan itu sekali gus disifatkan sebagai satu penghormatan besar kepada profesion kewartawanan.