Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
‘Sejarah hitam dalam sejarah perjuangan hak Sabah’
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
‘Sejarah hitam dalam sejarah perjuangan hak Sabah’
Madius turut menegaskan bahawa tuntutan 40 peratus hasil Sabah merupakan hak yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, selain selari dengan semangat dan asas pembentukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Tuaran: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyifatkan keputusan membenarkan Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan semakan kehakiman berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah sebagai satu “tamparan hebat” serta mencipta lembaran hitam dalam sejarah perjuangan hak negeri itu.

Dalam kenyataan Isnin, beliau melahirkan rasa kecewa terhadap perkembangan tersebut, mempersoalkan konsistensi antara kenyataan politik kerajaan pusat dan tindakan yang diambil di mahkamah.

Advertisement
Menurutnya, jaminan yang pernah diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini jelas bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang memihak kepada Sabah berhubung tuntutan tersebut.

“Umum mengetahui kenyataan Perdana Menteri sebelum ini bahawa keputusan berhubung 40 peratus hasil Sabah adalah muktamad dan tidak akan dirayu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun, apa yang berlaku di mahkamah adalah sebaliknya apabila Peguam Negara yang mewakili Kerajaan Persekutuan telah memohon dan berjaya mendapatkan penangguhan (stay order).

“Kata tidak merayu, tetapi akhirnya merayu. Mengapa wujud dwistandard antara kenyataan kepada rakyat Sabah dengan tindakan perundangan di mahkamah?” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa tindakan melengah-lengahkan proses tersebut bukan sekadar prosedur undang-undang biasa, sebaliknya satu bentuk penafian berterusan terhadap hak Sabah yang telah lama tertangguh.

Katanya, perkara itu sebelum ini telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, yang menetapkan bayaran perlu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan selepas tempoh rundingan selama 180 hari, yang dijangka berakhir pada 15 April ini.

Advertisement
“Penangguhan ini bukan sekadar melambatkan proses, tetapi menafikan tanggungjawab yang sepatutnya ditunaikan. Ia memberi isyarat bahawa komitmen terhadap hak Sabah masih belum benar-benar dipenuhi,” tegasnya.

Madius turut menegaskan bahawa tuntutan 40 peratus hasil Sabah merupakan hak yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, selain selari dengan semangat dan asas pembentukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Persekutuan agar segera menarik balik sebarang tindakan perundangan yang boleh menghalang pelaksanaan hak tersebut, selain menunaikan tanggungjawab seperti yang telah diputuskan mahkamah.

“Rakyat Sabah hari ini sudah cukup matang dan tidak lagi boleh dihidangkan dengan retorik politik semata-mata.

“Kepercayaan yang dikhianati pada hari ini akan terus terpahat dalam ingatan rakyat.

“Sabah tidak akan lupa sejarah hitam hari ini, dan perjuangan ini belum serta tidak akan bernoktah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa komitmen untuk melaksanakan pengembalian 40 peratus hasil Sabah telah dinyatakan secara jelas dalam manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, manifesto berkenaan memperincikan pelaksanaan pengembalian hasil berdasarkan formula asal di bawah Perkara 112C serta Subseksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, selain menetapkan keperluan semakan semula setiap lima tahun sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 112D.

Katanya, janji tersebut seharusnya dilaksanakan secara konsisten dan berintegriti, selaras dengan semangat persekutuan serta keadilan kepada negeri Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here