Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
Elak Tawau jadi Myanmar kedua. Ancaman jenayah siber nyata, kata pertubuhan
Published on: Tuesday, April 14, 2026
Published on: Tue, Apr 14, 2026
Text Size:
Text:
Elak Tawau jadi Myanmar kedua. Ancaman jenayah siber nyata, kata pertubuhan
SEBAHAGIAN warga China yang dibawa ke mahkamah.
TAWAU: Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDDS) Mohd Zaki Harry Susanto menyifatkan serbuan polis baru-baru ini di sebuah resort terhadap sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis China sebagai tindakan yang wajar dipuji. 

Ia sekali gus menyerlahkan tahap keseriusan jenayah penipuan yang semakin meningkat di daerah ini.

Advertisement
Mohd Zaki berkata penahanan kira-kira 80 individu dalam operasi bersepadu itu menunjukkan sindiket penipuan kini bukan lagi beroperasi secara kecil-kecilan sebaliknya bergerak secara terancang dan sistematik.

“Ini bukan isu terpencil. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Tawau kini berdepan ancaman jenayah siber yang amat membimbangkan dan memerlukan tindakan menyeluruh,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Zaki turut melahirkan kebimbangan terhadap persepsi luar yang mula melabel Tawau sebagai “hab penipu” malah ada yang menggelarnya sebagai “Myanmar kedua” susulan peningkatan kes penipuan dalam talian.

Menurutnya persepsi sedemikian jika tidak ditangani boleh menjejaskan imej daerah serta menghakis keyakinan pelabur dan sektor pelancongan tempatan.

Advertisement
“Label seperti ini sangat membimbangkan. Ia bukan sahaja mencemarkan reputasi Tawau malah memberi gambaran bahawa daerah ini telah menjadi pusat operasi sindiket penipuan,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menegaskan pihak berkuasa perlu memberi tumpuan untuk menjejak dalang sebenar di sebalik operasi tersebut bukan sekadar menahan individu di peringkat bawahan.

Advertisement
Katanya tindakan tegas terhadap ketua sindiket amat penting bagi memutuskan rantaian jenayah dan memastikan kegiatan sama tidak berulang pada masa hadapan.

Sementara itu Zaki turut mengingatkan golongan belia di Tawau agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan lumayan yang sebenarnya helah untuk merekrut mereka ke dalam sindiket penipuan.

“Golongan muda perlu lebih berhati-hati dan bijak menilai tawaran kerja. Jangan biarkan tekanan ekonomi mendorong anda terjebak dalam jenayah yang akhirnya memusnahkan masa depan sendiri,” katanya.

Beliau juga menggesa kerjasama semua pihak termasuk keluarga, komuniti dan agensi berkaitan untuk memperkukuh kesedaran serta pencegahan jenayah siber di peringkat akar umbi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here