Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Dipenjara kerana ugut bunuh ibu
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dipenjara kerana ugut bunuh ibu
Siasatan mendapati Daniel bertindak demikian kerana marah selepas pengadu membantah tindakannya berkawan dan membawa pulang wanita lain ke rumah sedangkan dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 39 tahun dipenjara 15 bulan pada Selasa kerana mengugut untuk membunuh ibunya.

Daniel Aaron Sahamin, seorang tukang kimpal, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana melakukan kesalahan itu ke atas Stephane @ Betty, 72, di Kg Babah, Penampang, pada jam 10 pagi, 25 Feb tahun ini.

Advertisement
Daniel menukar pengakuannya kepada bersalah ketika kes itu disebut pada Selasa.

Pada 3 Mac lalu, dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, Daniel bertindak agresif dan memecahkan barangan rumah sambil memegang parang serta mengugut pengadu, yang kemudiannya membuat laporan polis atas faktor keselamatan.

Siasatan mendapati Daniel bertindak demikian kerana marah selepas pengadu membantah tindakannya berkawan dan membawa pulang wanita lain ke rumah sedangkan dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Advertisement
Peguam Lim Ming Zoong yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Daniel dan juga kepada orang lain yang berpotensi melakukan kesalahan sama.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki dipenjara keseluruhan enam bulan atas dua pertuduhan mencuri dan membantu melupuskan harta curi.

Meni Amir dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit milik seorang wanita pada jam 9.50 malam, 30 Mac di Restoran Ajmal Maju, One Borneo, di sini.

Pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, mangsa melaporkan telefonnya hilang ketika bekerja di sebuah kedai di 1Borneo Hypermall pada malam 30 Mac.

Siasatan menunjukkan mangsa meninggalkan telefon terbabit di kaunter sebelum ia diambil.

Rakaman CCTV merakam Meni berpura-pura sebagai pelanggan sebelum mengambil telefon itu dan beredar tanpa disedari.

Meni kemudian ditahan polis yang turut menemui semula telefon itu daripadanya.

Dalam kes kedua, Meni dipenjara tiga bulan lagi oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali selepas mengaku membantu melupuskan tong gas memasak curi seberat 14kg pada 31 Mac tahun ini, jam 2.20 petang, di sebuah rumah di Kg Numbak, Kuala Manggatal.

Dia didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here