Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Lelaki serang pekerja stesen minyak didenda
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki serang pekerja stesen minyak didenda
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 42 tahun didenda RM1,600 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menyerang pekerja stesen minyak susulan isu subsidi Ron95.

Rodden Lo Tze Sheng mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nicholas Michael Rogers pada jam 1.40 petang, 11 April lalu di sebuah stesen minyak di Jalan Bundusan, Penampang.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu kejadian berlaku apabila tertuduh cuba membeli petrol bersubsidi Ron95 menggunakan MyKad milik individu lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Apabila juruwang berulang kali mempersoalkan pemilikan kad pengenalan tersebut, tertuduh enggan memberi penjelasan dan mula bertindak agresif.

Tertuduh kemudian meninggikan suara serta membaling loceng di kaunter ke arah panel kaca sebanyak dua kali dalam keadaan marah.

Advertisement
Ketika mangsa cuba mengambil semula loceng tersebut, tertuduh secara tiba-tiba menumbuknya.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian bibir atas, bahu kiri dan belakang badan.

Advertisement
Siasatan mendapati kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan disaksikan oleh tiga individu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menghadapi masalah keluarga termasuk mempunyai anak autisme serta isteri yang mengalami kemurungan.

Beliau turut memaklumkan bahawa MyKad yang digunakan adalah milik isterinya.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pencegahan.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 41 tahun didenda RM1,500 atau penjara sebulan kerana membeli tiket loteri awam haram tanpa lesen.

Nurjanna Mohd Anuar mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan yang dilakukan pada 11 Disember 2025, kira-kira jam 3.10 petang di Lorong Inanam Point 3, Inanam, selepas satu operasi polis dijalankan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi tersebut sebelum mengesan tertuduh dalam keadaan mencurigakan.

Polis memperkenalkan diri dan menahannya sebelum merampas sebuah telefon bimbit Nokia, pencetak mudah alih, sekeping kertas mengandungi nombor dan huruf serta wang tunai kira-kira RM80 yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah dan Inspektor Yusdi Basri.

Sementara itu merujuk laporan bertajuk “Mental check for body parts case suspect” bertarikh 16 April 2026 pihak pendakwaan sebenarnya tidak membantah permohonan supaya tertuduh dirujuk untuk pemerhatian psikiatri, berbeza daripada laporan terdahulu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here