Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Penguat kuasa KPDN ‘wira di sebalik tabir’: Armizan
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penguat kuasa KPDN ‘wira di sebalik tabir’: Armizan
Armizan turut memuji keteguhan, keberanian dan integriti warga penguat kuasa KPDN dalam melaksanakan amanah, sambil menggesa mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan  profesionalisme.
Kuala Lumpur: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali merakamkan penghargaan tinggi kepada barisan penguat kuasa kementerian itu yang disifatkan sebagai “wira di sebalik tabir” dalam memastikan kestabilan harga serta bekalan barangan keperluan negara.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke-54 pada Jumaat, beliau berkata peranan anggota penguat kuasa amat besar dan jasa mereka dirasai rakyat setiap hari, walaupun mereka tidak sentiasa berada di hadapan umum.

Advertisement
Beliau berkata usaha berterusan pasukan itu di lapangan dalam memeriksa, memantau serta mengambil tindakan tegas berjaya memastikan tiada pihak mengambil kesempatan, di samping menjamin barangan bersubsidi tidak tiris dan sampai kepada golongan sasar.

“Tanpa mengenal penat dan waktu, mereka berada di lapangan, memeriksa, memantau dan mengambil tindakan demi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dan hak rakyat sentiasa dilindungi,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan turut memuji keteguhan, keberanian dan integriti warga penguat kuasa KPDN dalam melaksanakan amanah, sambil menggesa mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan  profesionalisme.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here