Sat, 25 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kompleks Sukan Tandek hampir siap
Published on: Thursday, April 23, 2026
Published on: Thu, Apr 23, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kompleks Sukan Tandek hampir siap
NIZAM (kedua dari kiri) bercakap dengan Hendrus semasa lawatan pada Selasa.
Kota Kinabalu: Kompleks Sukan Tandek yang lama dinantikan di Kota Marudu kini hampir siap, seperti yang disahkan oleh Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. 

Semasa melakukan lawatan tapak pada Selasa, Menteri itu menerima maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan tentang kemajuan kemudahan itu.

Advertisement
“Saya dimaklumkan projek itu telah mencapai 99 peratus kemajuan fizikal. Pihak berkenaan juga memberi jaminan bahawa kompleks itu akan siap sepenuhnya pada penghujung Mei, sekali gus menyelesaikan isu kelewatan sebelum ini untuk manfaat masyarakat setempat,” katanya.

Nizam turut melakukan lawatan serupa ke Kota Belud dan Tuaran selepas lawatan Kota Marudu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengenai pembinaan dewan tertutup dan gelanggang badminton dua dalam satu di Kompleks Sukan Kota Belud, beliau berkata ia dalam fasa akhir dan dijangka siap Jun depan, manakala projek pembinaan astaka di Kompleks Sukan Tuaran sedang berjalan lancar dan dijangka siap September depan berdasarkan kontrak. 

Nizam berkata, lawatan yang dijalankan itu bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh keperluan kemudahan sukan di peringkat akar umbi, selaras dengan usaha kementerian dalam memperkasakan pembangunan sukan negeri secara inklusif dan berimpak tinggi.

Advertisement
“Lawatan-lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian untuk memastikan pembangunan kemudahan sukan di Sabah dilaksanakan secara tersusun, berkualiti dan menepati kehendak masyarakat setempat.

“Kualiti kemudahan sukan adalah cerminan imej Kementerian dan perlu sentiasa berada pada tahap terbaik untuk kegunaan atlet dan rakyat,” tegasnya.

Advertisement
Beliau juga berkata sebarang keperluan tambahan peruntukan bagi tujuan menaik taraf akan diteliti secara terperinci sebelum dikemukakan kepada Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan untuk pertimbangan selanjutnya.

Sementara itu, turut hadir dalam lawatannya ke tiga daerah itu ialah Adun Tandek Datuk Hendrus Anding, Adun Tempasuk Datuk Arsad Bistari, Adun Pintasan Datuk Fairuz Renddan, Adun Tamparuli Datuk Seri Wilfred Madius Tangau selain Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mansur Asun dan Timbalannya Adanan @ Adnan Atin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here