Sun, 3 May 2026
Headlines:
Advertisement
Penjual produk didenda miliki kosmetik tidak berdaftar
Published on: Saturday, May 02, 2026
Published on: Sat, May 02, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penjual produk didenda miliki kosmetik tidak berdaftar
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penjual produk kecantikan yang mempunyai rekod sabitan lampau berkaitan kesalahan farmasi didenda keseluruhan RM5,000 atas tiga pertuduhan memiliki racun secara haram untuk tujuan jualan, memiliki kosmetik tidak berdaftar serta kosmetik tanpa notifikasi.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Norfarazila Jafran, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Norfarazila didenda RM1,500 atau penjara 14 hari jika gagal membayar kerana memiliki enam produk mengandungi racun iaitu Hydroquinone, Tretinoin dan Sibutramine tanpa lesen sah di kiosk FA Beauty, Bataras, Papar pada 5 Mac 2024.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, dia didenda RM1,500 atau penjara 14 hari kerana memiliki lapan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan di lokasi dan masa yang sama.

Untuk pertuduhan ketiga, Norfarazila dikenakan denda RM2,000 atau penjara 14 hari kerana memiliki 18 jenis kosmetik tanpa notifikasi di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pada 8 Disember 2025, tertuduh pernah didenda RM5,000 atas empat pertuduhan memiliki produk tidak berdaftar dan tanpa notifikasi.

Dalam rayuannya Norfarazila memohon hukuman diringankan dengan alasan ini merupakan kesalahan keduanya yang berlaku pada hari sama, 5 Mac 2024 tetapi di lokasi premis berbeza. 

Advertisement
Beliau turut memaklumkan perniagaannya masih beroperasi dan memohon bayaran denda secara tiga ansuran sekiranya mahkamah mengenakan hukuman denda.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Penguatkuasa Farmasi Muhammad Zainal Arif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan terhadap tertuduh.

Pendakwaan turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu lagi aduan melibatkan Norfarazila yang didakwa masih menjual produk sama sebelum pemeriksaan dilakukan di premis berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here