Sun, 3 May 2026
Headlines:
Advertisement
Emmabell dapat ‘durian runtuh’
Published on: Friday, May 01, 2026
Published on: Fri, May 01, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Emmabell dapat ‘durian runtuh’
EMMABELL bersama Hajiji, Nizam dan pegawai lain.
Kota Kinabalu: Atlet Muay Thai Sabah, Emmabell Cassandra menerima insentif berjumlah RM5,000 atas kejayaannya menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Jumaat lalu.

Penyerahan insentif daripada Kerajaan Negeri itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Khamis, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang atlet berkenaan di pentas antarabangsa.

Advertisement
Dalam ucapannya, Hajiji merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta menyatakan rasa bangga atas kejayaan Emmabell yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan negara.

Menurut beliau, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan atlet Sabah untuk bersaing dan menyerlah di peringkat lebih tinggi, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menceburi bidang sukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan,

Terdahulu, Emmabell berjaya menewaskan lawan dari Indonesia, Winona Karamoy dalam pertarungan di Byon. 

Advertisement
Pertarungan yang menjadi tumpuan ramai itu menyaksikan Emmabell muncul sebagai pemenang menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) selepas mengharungi empat pusingan sengit mengikut format tinju profesional.

Kemenangan itu sekali gus berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Winona sebelum ini, seterusnya meletakkan nama Emmabell sebagai antara bintang baharu dalam arena Byon kategori wanita.

Advertisement
Pertarungan kategori bantamweight (52.2 kg) itu berlangsung selama empat pusingan, dengan kedua-dua petarung mempamerkan aksi agresif dan berintensiti tinggi sejak loceng pertama dibunyikan.

Difahamkan, Emmabell juga merupakan atlet Muay Thai yang pernah meraih pingat gangsa pada Sukma 2024 bagi acara solo wai kru dan menjadi peserta finalis Unduk Ngadau bagi daerah Papar pada tahun 2024.

Menurut penganjur, acara Byon Combat Showbiz Vol. 7 merupakan platform yang menggabungkan elemen hiburan dan sukan tinju, muay thai dan kickboxing, sekali gus menarik perhatian peminat dari seluruh rantau.

Kejayaan Emmabell Cassandra ini bukan sahaja mengharumkan nama Sabah malah, membuka lembaran baharu bagi petarung wanita dalam mewakili negara menerusi sukan kombat di peringkat serantau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here