Kota Kinabalu: Ekonomi Sabah sepatutnya dipacu dan digerakkan oleh belia tempatan, bukannya oleh warga asing yang tidak diketahui kewarganegaraan mereka.
Parti Warisan tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi Kelab Backbencher GRS, Masiung Banah, baru-baru ini yang mahu pemberian MyKas dilihat daripada sudut manfaat ekonomi negeri.
Pengarah Komunikasi Strategik Warisan, Christopher Masudal berkata dasar kerajaan negeri sepatutnya memfokuskan usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh luar, bukannya memperkukuhkan kebergantungan itu.
“Kita masih ingat pada awal 2000-an, kerajaan memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran jangka pendek seperti pemasangan siling, kerja jubin, plaster dan penyusunan bata bagi melatih belia Sabah mengisi keperluan tenaga kerja tempatan.
Advertisement






