KINABATANGAN: Vrenda Joaan Deftenneay Taji @ Paul dimahkotakan sebagai pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Kinabatangan 2026 dalam pertandingan yang berlangsung meriah pada Ahad.
Kemenangan itu menyaksikan Vrenda membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 selain trofi dan bakul hadiah.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Naib juara pula dimenangi Ally Denis yang menerima hadiah wang tunai RM4,000 berserta trofi dan bakul hadiah.
Tempat ketiga menjadi milik Elizabeth Pingking yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 selain trofi dan bakul hadiah.
Dalam pada itu Vrenda dan Ally akan mewakili daerah Kinabatangan dan Sukau ke pertandingan UNK peringkat negeri yang dijadual berlangsung di Penampang.