Thu, 14 May 2026
Headlines:
Kontraktor Sabah digesa kuasai teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan
Published on: Wednesday, May 13, 2026
Published on: Wed, May 13, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kontraktor Sabah digesa kuasai teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan
JOACHIM (lima dari kanan) menerima watikah lantikan Penasihat Kehormat PKBAS daripada Pg Adreen semasa kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam menggesa kontraktor tempatan khususnya syarikat kategori G5 hingga G7 supaya segera menguasai teknologi digital dalam industri pembinaan terutamanya penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Beliau berkata penggunaan BIM bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti industri pembinaan, malah membantu memperkukuh pengurusan aset, mengurangkan kesilapan teknikal serta menurunkan kos keseluruhan projek pembinaan.

Advertisement
Menurutnya, teknologi digital kini menjadi keperluan utama dalam sektor pembinaan moden dan kontraktor Sabah tidak boleh terus bergantung kepada kaedah konvensional jika mahu bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa.

“Kontraktor Sabah perlu bergerak seiring dengan perubahan industri pembinaan global yang kini memberi penekanan kepada penggunaan teknologi digital dan sistem pembinaan pintar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penggunaan BIM serta kaedah teknologi baharu lain mampu meningkatkan kecekapan pengurusan projek, mempercepatkan proses kerja serta mengurangkan pembaziran dan kesilapan ketika pelaksanaan projek,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Kontraktor Bumiputra Anak Sabah (PKBAS).

Dalam kunjungan itu, Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri turut dilantik sebagai Penasihat Kehormat PKBAS sebagai pengiktirafan terhadap komitmen beliau dalam memperkukuh pembangunan kontraktor Bumiputera Sabah serta memodenkan industri pembinaan di wilayah ini.

Advertisement
Joachim berkata usaha memperkasa penggunaan teknologi digital dalam sektor pembinaan juga selaras dengan aspirasi pembangunan negeri menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang memberi fokus kepada pembangunan mampan dan transformasi ekonomi berasaskan teknologi.

“Kerajaan negeri mahu melihat lebih ramai kontraktor tempatan memiliki kemahiran dalam teknologi BIM dan pembinaan digital supaya mereka mampu melaksanakan projek secara lebih profesional, efisien dan berkualiti tinggi,” katanya.

Advertisement
Penasihat Agung PKBAS Datuk Dr. Roland Chia turut senada dengan Joachim dan menegaskan penggunaan BIM perlu diperluaskan dalam industri pembinaan Sabah bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap dan mampan.

Dalam pada itu, Presiden PKBAS Pengiran Adreen Abu Bakar yang ditemui menegaskan kontraktor Bumiputera Sabah perlu menjadi pemain utama dalam era pembinaan digital dan bukannya sekadar pemerhati kepada perkembangan teknologi semasa.

Beliau berkata kontraktor tempatan perlu mula menguasai keseluruhan ekosistem pembinaan digital termasuk teknologi seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS), Scan to BIM, Kecerdasan Buatan (AI), Digital Twin, Ground Penetrating Radar (GPR), Smart Asset Mapping serta Facility Management.

Katanya, penguasaan teknologi berkenaan penting bagi memastikan Sabah tidak ketinggalan dalam revolusi industri pembinaan digital dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here